KELENGKAPAN PEMAIN
Paintball marker – merupakan alat utama sukan paintball ini yang digunakan untuk melancarkan paintball untuk tujuan mendapat mata dan mencapai matlamat permainan yang telah ditetapkan untuk menang. Marker ini mempunya keupayaan melancarkan paintball / bola cat sehingga 100 meter (300’)/saat.
Facemask – topeng keselamatan yang wajib digunakan sebagai pakaian keselamatan untuk melindungi mata khasnya daripada kecederaan parah yang boleh membawa kepada buta seumur hidup.
Jersey – pada dasarnya untuk bermain paintball jersey tidak diwajibkan. Peserta boleh menggunakan sebarang pakaian yang diterima sesuai oleh buku peraturan permainan paintball semasa. Lain-lain peralatan adalah yang boleh digunakan oleh pemain sebagai aksesori pakaian mereka adalah seperti sarung tangan, pelindung lutut, lengan/siku dan leher.
Armband – jalur kain penanda yang menunjukkan perbezaan antara dua pasukan yang bermain dalam bentuk warna selebar 5cm (2”). Ia dianggap ‘nyawa’ pemain dan dililitkan di bahagian atas lengan kiri setiap pemain. Ia akan diambil oleh pengadil jika pemain disisihkan dalam permainan.