Latar Belakang Sukan Paintball

Posted by Kualiti Gempak / Category:


Paintball telah diperkenalkan dua puluh tahun yang lalu di Amerika Syarikat sebagai National Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan Paintball lebih cenderung kepada simulasi peperangan dengan ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, taktik dan terminology ketenteraan dan juga penggunaan ‘Paint Marker’ yang mirip seperti senjata api.

Paintball kini berubah wajah, dari permainan di dalam hutan ke stadium, dari terminology ketenteraan ke terminology kesukanan, dari celoreng ke jersi dan dari simulasi peperangan ke pertandingan sukan. Paintball kini dikenali sebagai SUKAN PAINTBALL.

SUKAN PAINTBALL merupakan sukan ‘outdoor’ yang paling pesat berkembang serta mendapat tarikan yang hebat daripada peminat sukan ekstrim, di mana pada masa ini, ia meraih tempat ketiga sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat menurut National Sporting Goods Association (NSGA) dan National Professional Paintball League (NPPL).

PAINTBALL SEBAGAI SUKAN PERTANDINGAN

SUKAN PAINTBALL telah meraih populariti di kalangan peminat sukan ekstrim dan sukan berteknologi tinggi hingga wujudnya beberapa pertandingan berprestij bertaraf dunia. Terdapat empat kategori yang dipertandingkan iaitu :

1. Professional

2. Amatur

3. Novis

4. Rookie / Beginner



Di antara sirkit pertandingan berprestij antarabangsa ialah :

1. The Millennium Series

2. NPPL Super 7

3. World Series

4. X-Ball

5. Skyball

Selain dari kejohanan terbuka, pertandingan SUKAN PAINTBALL juga mempunyai beberapa siri pertandingan yang khusus seperti World Corporate Games yang menyaksikan penyertaan syarikat-syarikat terkemuka seperti Intel dan Microsoft. World Varsity Games pula mengundang penyertaan warga universiti dari seluruh dunia seperti yang pernah dianjurkan oleh University of Michigan dan National Collegiate Paintball Association (NCPA).

Kementerian Belia Dan Sukan dan Malaysian Paintball Association (MPA) merupakan badan yang bertanggungjawab sebagai pemaju dan pembangun sukan paintball negara ini sedang merancang dan merealisasikan rancangan 3 tahun dalam pembangunan Sukan Paintball di Malaysia yang dikenali dan dijenamakan sebagai PAINTBALL MALAYSIA.